Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dd Chronicle lapor polis, nafi bukan warganegara -

Dd Chronicle lapor polis, nafi bukan warganegara

PEMPENGARUH media sosial kesal dengan tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan status kewarganegaraannya.

Dediy Sulaiman Ra’e 43, atau lebih dikenali sebagai Dd Chronicle hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan kedudukannya sebagai warganegara yang sah di sisi undang-undang.

“Telah tersebar tuduhan terhadap saya yang kononnya mempunyai kad pengenalan (IC) merah (Bukan warganegara Malaysia) dan banyak lagi yang disebarkan di media sosial”

“Pautan-pautan di media sosial ini bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti saya”, katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Sungai Buloh di sini, pada Jumaat.

Dd Chronicle hadir di balai polis bersama peguam, Asiah Abd Jalil.

Menurut Asiah,laporan polis dibuat sebagai langkah keselamatan.

“Ada yang mendakwa anak guam saya mendapat kad pengenalan secara tidak sah untuk mengundi, pengundi hantu”.

“Nampaknya makin lama menjadi-jadi sehingga mengancam keselamatan disamping ada seruan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan kewarganegaraan, serbuan pihak imigresen dan perkara ini adalah tidak wajar.

“Bermula dari ‘cyber-bully’ melarat kepada isu keselamatan pula” katanya.

Dalam pada itu, Dediy turut mengemukakan dokumen seperti surat beranak, sijil tadika serta pasport kepada pihak polis bagi menangkis tuduhan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI)

‘Walaupun ibu bapa saya mempunyai IC merah, tapi saya dilahirkan di sini.

“Saya adalah warganegara Malaysia mengikut perlembagaan berhak memilih masa depan negara melalui demokrasi” jelasnya.
Beliau turut mempertikai hak kebebasan bersuara kerana menyatakan sokongan secara terbuka terhadap parti politik Perikatan Nasional (PN).

“Tak salah untuk kempen pihak mana saya nak, itu adalah kebebasan bersuara.

“Kebebasan ini bukan sesuatu yang baharu tetapi kenapa sekarang makin teruk, saya harap keadaan bertambah baik.” ujarnya. -SB