Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 - KPM -

SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 – KPM

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Dis, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Jan manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Jan, tahun depan.

Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Jan seterusnya Ujian Bertulis dijadual pada 30 Jan hingga 7 Mac.

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” menurut kenyataan.

BERNAMA