Bapa ADUN Gurun Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

0
141

BAPA kepada bekas pemain bola sepak yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia pada pukul 6.04 pagi ini.

Allahyarham Bakhtiar Md. Isa, 66, dilaporkan menghembus nafas terakhir di kediaman Baddrol di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani.

Difahamkan bapa kepada enam anak itu baru selesai menjalani pembedahan berkaitan penyakit angin pasang, baru-baru ini.

Sementara itu, besan arwah, Mustafa Khalid Hanafi, 62, memaklumkan jenazah Bakhtiar akan diurus dan disembahyangkan di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria lapor Warta Rakyat.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra, Merbok selepas solat Zohor, hari ini.

Terdahulu, berita pemergian arwah dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Baddrol yang juga anak keempat kepada Allahyarham Bakhtiar.

Baddrol yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sepanjang penglibatannya dalam bola sepak tanah air baru memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here