Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perakam suara kokpit tak boleh diekstrak -

Perakam suara kokpit tak boleh diekstrak

MAKLUMAT dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura gagal diekstrak.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata, perkara itu diketahui pihaknya pada pagi tadi.

Oleh demikian, kementerian merancang untuk menghantar komponen ‘memory puck’ ke kilang pengeluar pesawat itu di Florida, Amerika Syarikat (AS), petang ini.

“Pada pagi, saya dimaklumkan makmal di Singapura tidak dapat mengeluarkan rakaman suara itu. Terdapat isu teknikal yang menjadi kekangan untuk mengeluarkan rakaman itu.

“Jadi Biro Keselamatan Kemalangan Udara akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan memberi penjelasan kepada saya.

“Tindakan susulan kita setakat ini menghantar ‘memory puck’ itu ke Florida untuk ia cuba dianalisis,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di sini hari ini.

Semalam Anthony berkata, penyiasat berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar lapor BH.