Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nahas Elmina: Polis selesai siasat, punca nahas serah kepada BSKU -

Nahas Elmina: Polis selesai siasat, punca nahas serah kepada BSKU

POLIS telah selesai menjalankan siasatan melibatkan pengecaman mayat ke atas mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan termasuk melibatkan punca kejadian akan diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Siasatan pihak polis melibatkan pengecaman mayat sudah selesai, siasatan lanjut nahas kita serah kepada BSKU.

“Proses siasatan kita dah habis dan semua jenazah sudah dituntut.

“Kita dah buat padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan Ketua Polis Selangor juga dah keluar kenyataan semalam,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Gombak, pada Ahad.

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui lokasi nahas.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang