HARGA gula melaka dan tepung beras dikesan naik mendadak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Melalui hantaran di media sosial , pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Putupiring Onyangden mendakwa sebelum PRN baru-baru ini, harga gula melaka 10 kilogram RM30 hingga RM45.
Selepas PRN, harga gula melaka naik mendadak mencecah RM49 untuk berat yang sama. Turut mengalami kenaikan mendadak islah tepung beras untuk 10 kilogram berharga RM30 hingga RM35 dan kini menjadi RM39.90 sen.
“Umang aiii.. Sebolom PRU minggu lopeh rege gulo melako sekotak 10kg RM45. Sebolom2 tuh rege eh dalam anggaran RM30/35. Lopeh jo PRU.. arini pi boli.. jadi RM49. Mencanak naik eh.. nih sekotak niago untuk 2 ari je nih.
“Topong Beras cap Teratai sekotak 10kg sebolom PRU dalam RM30/35. Lopeh PRU pun naik gak RM39.90. Nih untuk niago sehari je.. lom cito bokeh kuih laie.. dah cocah RM17 untuk 100 pcs,” ujarny dalam hantaran di Facebook.
Pemilik akaun Putupiring Onyangden itu seterunya menambah, sebagai peniaga beliau sepatutnya menaikkan harga jualan.
Bagaimanapun demi menjaga pelanggan, beliau sanggup mengekalkan harga.
“Ponin.. ponin.. kito sebagai peniago nih nak naikkan rege kuih pun takut dah.. takpo la.. demi pelanggan kami.. kami kekalkan rege kami.. Doakan kami sentiasa dimurahkan rejeki yer.. amin,” tulisnya lagi.
Hantaran itu turut disokong pengguna Facebook yang turut mengalami kenaikan harga barang lain sebelum dan selepas PRN.
Pengguna Facebook, Adai Pilah Mat Maut berkata “Stended la tu… Ayam maso sebolum prn 9-10 sekilo.. arini yo dh 11 lobeh…”
Erburn Lie pula secara sinis berkata, itu la yang rakyat mahukan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.