Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengundian tergendala, calon PN dakwa peti undi tidak ditutup betul -

Pengundian tergendala, calon PN dakwa peti undi tidak ditutup betul

PROSES pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau, di sini terhenti sementara selepas sebuah peti undi didakwa tidak ditutup sempurna.

Penemuan peti undi itu oleh calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Paya Terubong, Andrew Ooi yang melawat pusat mengundi terbabit kira-kira 11.30 pagi.

Ketika dihubungi New Straits Times, Ooi berkata, beliau tidak berpuas hati apabila mendapati peti undi tidak ditutup dengan betul.

“Tiada ikatan kabel, tiada apa. Apa-apa sahaja boleh berlaku kepada kertas undi. Siapa yang tahu nanti?

“Saya rasa ini sangat tidak adil untuk saya. Saya tidak akan mengiktiraf kertas undi itu sebagai sah,” katanya.

Ooi berkata, beliau sudah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap perkara itu kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, beliau juga akan membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani pada 2.30 petang.

Bagi kerusi Dun itu, Ooi bertanding satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Hon Wai.

Difahamkan, kira-kira 177 kertas undi sudah dimasukkan ke dalam kotak berkenaan semasa Ooi menemuinya, dengan saluran berkenaan mempunyai 719 pengundi.