Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahdzir Khalid kalah di Pedu -

Mahdzir Khalid kalah di Pedu

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu.

Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Keputusan rasmi yang diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pedu, Iman Hazwan Abd Halim di pusat penjumlahan undi di Dewan Badlishah, Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, malam ini menyaksikan Mahdzir memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah pernah menyandang kerusi DUN Pedu selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.

Mahdzir sebelum ini juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu selepas tewas kepada calon PN dalam saingan tiga penjuru.

BERNAMA