Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Calon PH dikecam, ronda minta rakyat tegur ‘jari bersih’ -

Calon PH dikecam, ronda minta rakyat tegur ‘jari bersih’

GESAAN calon Pakatan Harapan (PH) DUN Subang Jaya Michelle Ng agar orang awam menegur individu lain yang “jarinya masih bersih” dikecam warganet.

Video pendek berdurasi 45 saat itu dimuat naik Ng selepas melakukan rondaan sekitar pusat mengundi DUN berkenaan yang kelihatan masih lengang, dengan hanya 32% keluar mengundi setakat 11 pagi tadi.

“Anda yang dah mengundi, bila keluar makan tengah hari, tolonglah tengok siapa tangan jarinya masih bersih, tolong tegur mereka keluar mengundi.

“Kami hanya ada sehingga pukul 6 petang .. hanya ada lima jam sahaja. Kalau belum undi, pastikan keluar mengundi,” katanya menerusi video itu di Twitter, lapor MalaysiaKini.

Bagaimanapun, warganet menyifatkan gesaan Ng itu tidak kena pada tempatnya.

“YB apa ni tegur-tegur, kami tak mahu cetuskan keadaan huru-hara di tempat awam dengan melakukan perkara itu,” kata pengguna Syazana Ali.

“Bagaimana jika saya duduk di Subang tetapi saya bukan mengundi di sini?” soalnya lagi.

Tan Lean Hin pula mempersoalkan saranan Ng itu dengan berkata: “Tegur apa? Dia bukan pengundi Selangor tapi menetap di Selangor, tak boleh ke?”

“Tegur? Kita ada hak tak mengundi,” balas seorang lagi pengguna lain, sementara Wan Firdaus pula berkata: “Dah jadi YB, tapi masih kurang bijak, menyedihkan.”

Pada Ahad, Ng meminta maaf kerana menggunakan poster kempen memaparkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang kemudiannya diturunkan.

Dalam kenyataan di Facebook, Ng berkata, beliau tidak berniat membabitkan sultan dalam kempennya, sambil menambah gambar itu digunakan pada hari pertama sidang DUN Selangor.