Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Tak boleh pakai seluar pendek' fitnah PH, kata calon PN Kebun Bunga -

‘Tak boleh pakai seluar pendek’ fitnah PH, kata calon PN Kebun Bunga

CALON Gerakan malam tadi tampil di pentas ceramah dengan berseluar pendek, menolak persepsi bahawa Perikatan Nasional (PN) akan mengubah gaya hidup orang bukan Islam di Pulau Pinang.

“Siapa kata tak boleh pakai seluar pendek? Sekarang ni saya tak pakai seluar pendek ke? Kenapa tak boleh pakai seluar pendek?”

“Dalam beberapa hari saya bergerak di kawasan ini, banyak orang tanya, jika kami undi untuk kamu, boleh pakai seluar pendek tak?

“Ini adalah fitnah yang disebarkan oleh PH (Pakatan Harapan)” kata calon Kebun Bunga Tan Zhen Zune, lapor MalaysiaKini.

Beliau turut memberi contoh bahawa di Kedah, di mana PAS memerintah, orang bukan Islam tidak dilarang minum arak dan memakan daging babi.

“Adakah mungkin perkara ini (berlaku)?”

“Jangan kata Kelantan dan Terengganu yang jauh (dari sini), kamu pernah melawat Kedah ke?”

“Tanya orang Kedah, boleh minum arak tak. Kedah ada Bak Kut Teh, dan (orang bukan Islam) boleh makan daging babi,” katanya.

Jun lalu seorang peniaga wanita di Kota Bahru didenda RM50 kerana memakai seluar pendek.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Rosnazli Amin berkata tindakan itu dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985.