Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Safwan, Mazlan kekal ahli Pas jika tarik diri bertanding Bebas -

Safwan, Mazlan kekal ahli Pas jika tarik diri bertanding Bebas

Oleh BADLISHAH MAT

DUA pemimpin Pas di Langkawi yang menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan kekal menjadi ahli parti itu sekiranya mereka segera menarik diri daripada bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tawaran itu sebagai antara usaha bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) menang dalam saingan merebut dua kerusi itu pada 12 Ogos ini.

“Saya masih beri peluang dan jaminan mereka tidak akan dikenakan tindakan (pecat), dengan syarat kedua-dua mereka perlu segera buat pengisytiharan (menarik diri) dan meminta pengundi tidak lagi mengundi mereka.

“Mungkin tindakan sebelum ini adalah terlanjur dan tanpa berfikir panjang. Jadi ini peluang kedua bagi mereka,” katanya ketika berucap pada Sembang Santai Jentera DUN Kuah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kelibang di Langkawi, malam tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan calon PN bagi kerusi DUN Kuah, Amar Pared Mahamud.

Kedua-dua calon itu adalah Mazlan Ahmad yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Langkawi dan bertanding sebagai calon Bebas DUN Kuah, manakala bekas Bendahari Pemuda Pas Langkawi, Safwan Hanif Shafie (Ayer Hangat).

Sementara itu, Hamzah berkata, dakwaan kedua-dua calon terbabit yang menyatakan tindakan mereka bertanding telah mendapat restu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor adalah tidak benar.

“Sebelum mai Langkawi, saya dan Takiyuddin berjumpa dengan Menteri Besar di Alor Setar dan dia menafikan serta tidak sesekali memberi restu kepada kedua-dua calon Bebas berkenaan.

“Kami juga sepakat, hanya seorang calon daripada PN masing-masing bertanding bagi kerusi DUN Kuah dan Ayer Hangat, manakala calon lain (Bebas) tiada kaitan dengan PN. Itu kena jelas dan faham,” katanya. – SB