Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, simpan barang curi -

Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, simpan barang curi

BEKAS pemain bola sepak Liga Super Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret Pontian, hari ini atas tiga pertuduhan pecah rumah dan memiliki harta curi, bulan lalu dan awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Azinee Taib, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nur Azuin Abdul Moati.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Azinee dituduh bersama-sama dua lagi rakan sejenayah yang masih bebas telah memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, Pontian, bagi mencuri.

Kesalahan itu dilakukan pada kira-kira jam 12.05 tengah hari pada 8 Jun lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Azinee dituduh menyimpan harta curi membabitkan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 berwarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk.

Kesalahan itu dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi, Pontian, Johor , kira-kira kam 4.30 petang, pada 3 Julai lalu.