Sanusi bertembung satu lawan satu dengan BN

Oleh BADLISHAH MAT

Menteri Besar Kedah itu bakal ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Pengumuman nama mereka dilakukan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Jeneri, Muhamad Suhaimi Man di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah dan Tanah Sik.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.04 pagi diikuti Muhamad Khizri enam minit kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau menewaskan penyandang kerusi itu, Mahdzir Abd. Hamid daripada BN dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

Sementara itu, pertembungan dua penjuru turut berlaku di DUN Belantek apabila calon PN, Ahmad Sulaiman akan menentang calon PH, Mazli Saipi.

Penyandang kerusi itu, Datuk Mohd. Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu selepas beliau menang dengan majoriti 2,574 undi mengatasi calon BN, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dan calon PH, Abdul Rashid Abdullah. – SB