Buruh kontrak dituduh rogol anak sendiri

0
137

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini atas tiga pertuduhan merogol anaknya antara Disember 2016 hingga Februari 2017.

Tertuduh yang berusia 52 tahun bagimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut di depan Hakim, Zaihan Mohamad Ali.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika anaknya berusia 16 tahun di bilik air rumah mereka di Kampung Paya Sena, Pendang kira-kira pukul 2.30 petang pada Disember 2016.

Sementara pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di bilik tidur rumah tersebut pada Disember 2016, kira-kira pukul 4 petang.

Tertuduh kemudiannya didakwa merogol anaknya itu buat kali ketiga di bilik tidur rumah sama pada Februari 2017, pukul 9 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan manakala tertuduh diwakili peguam, A. Surendran.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula dengan tertuduh turut dibenarkan diikat jamin sebanyak RM18,000 bagi tiga pertuduhan tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here