Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja maut selepas langgar tiang lampu -

Remaja maut selepas langgar tiang lampu

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kg Lajau di Labuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Labuan Supt Hamizi Halim berkata dalam kejadian kira-kira dua pagi itu, Mohamad Ruhaifan Mahadi, 18, dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar ke Pohon Batu ketika hilang kawalan, dan telah tercampak dari motosikalnya.

Beliau berkata mangsa ditemukan di atas jalan raya oleh orang awam, yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Mohamad Ruhaifan disahkan meninggal dunia pada 8.35 pagi,” katanya.

Hamizi berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, untuk menghubungi polis di 087-412313 bagi membantu siasatan. – Bernama