Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram -

SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.

“Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada Ahad.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

BERNAMA