Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
JK-PUSPAL: The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia -

JK-PUSPAL: The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan kumpulan muzik British, The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

JK-PUSPAL dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dibuat berikutan tindakan kumpulan berkenaan yang telah menghina, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia ketika mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di Sepang, semalam.

“KKD sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi serta melakukan aksi biadap dalam persembahan di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KKD melalui JK-PUSPAL telah membuat laporan polis terhadap artis berkenaan dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan PUSPAL.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Sewaktu persembahan malam tadi, vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy dikatakan memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain berkelakuan lucah dan membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – Bernama