Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penghantar makanan berang ditegur pengawal keselamatan -

Penghantar makanan berang ditegur pengawal keselamatan

BERANG ditegur akibat salah laluan, seorang penghantar makanan memecahkan pintu bilik kawalan di sebuah pangsapuri di Taman Nirwana di Ampang, semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan bertengkar dengan pengawal keselamatan sebelum bertindak demikian kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata polis menerima laporan kejadian daripada pengurus keselamatan berusia 37 tahun.

“Lelaki itu yang memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan melihat berlaku pertengkaran antara pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang penunggang motosikal.

“Kejadian berlaku kerana pengawal keselamatan menegur penunggang itu yang memasuki laluan salah sehingga menyebabkan dia marah.

“Lelaki itu juga bertindak memukul pintu bilik kawalan menggunakan besi pengunci motosikal sehingga pecah menyebabkan kerugian RM200,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, polis menahan suspek selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada jam 4.30 petang hari sama.

Beliau berkata, polis turut merampas motosikal dan pakaian yang digunakan ketika kejadian.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.