Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia terkesan dalam insiden tembakan di NZ -

Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia terkesan dalam insiden tembakan di NZ

TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi pihak suruhanjaya di talian +64-4-3852439 dan +64-210440188 (untuk kecemasan) atau melalui email mwwellington@kln.gov.my.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,“ kata Wisma Putra.

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain.

Penembak rambang itu dilaporkan mati di tempat kejadian.