Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PAS Kedah tangguh pengisytiharan calon PN ke Selasa depan -

PAS Kedah tangguh pengisytiharan calon PN ke Selasa depan

PAS Kedah menangguhkan Majlis Pengisytiharan Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang dijadual berlangsung Jumaat ini kepada Selasa depan.

Difahamkan jadual majlis itu ditunda bagi mengubah strategi PAS Kedah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha PN Kedah, MusoddakAhmad dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat atas arahan Majlis Perikatan Nasional Pusat hari ini.

“Majlis pengisytiharan calon yang dicadangkan pada 21 Julai 2023 ditangguhkan kepada 25 Julai 2023.

“Majlis itu dijangka berlangsung antara jam 7 malam hingga 12 malam di Kompleks PAS Kedah, di sini,” katanya lapor BH.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, senarai calon di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan beliau pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, hari ini Muhammad Sanusi ditahan polis untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Muhammad Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi atas dua pertuduhan berasingan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung lantikan Menteri Besar Selangor dalam ceramah politik, minggu lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Menteri Besar Kedah itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.