Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok -

Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang, esok.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Carian menerusi laman sesawang mahkamah, mengesahkan pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Pendakwaan terhadap Sanusi ditetapkan untuk didengar pada jam 9 pagi.

Dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor menurut BH.

Berita lanjut menyusul