Polis siasat video tular penduduk pangsapuri bergaduh

0
198

POLIS menjalankan siasatan berhubung penyebaran video pergaduhan melibatkan penduduk di sebuah pangsapuri di Tampoi di Johor Bahru, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata semakan mendapati kes itu mempunyai kaitan dengan dua laporan yang diterima daripada individu terlibat, dalam kejadian tiga hari lepas.

“Keterangan daripada pihak terlibat dan saksi bebas yang merupakan penduduk di pangsapuri itu telah diambil dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 160 KK dan Seksyen 427 KK.

“Kita menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Shazril Salim di talian 016-3425316,“ katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 2 minit 17 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan melibatkan beberapa penduduk di pangsapuri berkenaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here