Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM Kelantan buka bilik gerakan sepanjang PRN -

SPRM Kelantan buka bilik gerakan sepanjang PRN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan membuka bilik gerakan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam mulai 29 Julai.

“Pada PRN kali ini, bilik gerakan itu akan beroperasi di Pejabat SPRM Kelantan.

“Sepanjang masa ada pegawai bertugas, orang ramai boleh menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada PRN nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Rasuah Rezeki Barokah di Masjid Ismail Petra Tanah Merah di Tanah Merah hari ini.

Mengulas lanjut, Rosli berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan perbuatan rasuah sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun lepas.

“Kita nasihatkan mana-mana individu agar tidak terlibat dengan salah laku rasuah agar PRN berjalan dengan lancar,” katanya. – Bernama