Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Padah beraksi ‘Superman’ di PLUS, 2 wanita ditahan -

Padah beraksi ‘Superman’ di PLUS, 2 wanita ditahan

DUA wanita yang aksi mereka tular kerana menunggang motosikal secara berbahaya, termasuk melakukan aksi “Superman” di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ditahan polis semalam.

Ketua Polis Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata kedua-duanya menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muallim pada 9.10 malam.

Beliau berkata, mereka berjaya dikesan polis susulan rakaman video 45 saat memaparkan dua penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya tular di media sosial sejak kelmarin.

“Siasatan awal mendapati aksi mereka dirakamkan di KM375.9 arah utara pada Ahad lalu dan remaja berusia 18 dan 21 tahun itu menunggang dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Apabila mereka sampai di kawasan rehat dan rawat Behrang, kedua-dua suspek melakukan aksi ‘Superman’, iaitu meniarap di atas tempat duduk dan mencelah antara kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Hasni berkata, kedua-duanya yang berasal dari Pulau Indah, Selangor dan masing-masing bekerja sebagai operator platform e-dagang dan pengasuh bayi serta tiada rekod jenayah.

“Polis mengeluarkan saman ke atas mereka kerana kesalahan tiada lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA