Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini -

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat menerusi tiga kaedah iaitu di sekolah masing-masing, pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada sehingga jam 12 tengah hari Ahad,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan 5,668 petugas peperiksaan dilantik lapor Sinar Harian.