Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja cekik hingga mati adik kandung direman tujuh hari -

Remaja cekik hingga mati adik kandung direman tujuh hari

SEORANG remaja lelaki yang dipercayai mencekik hingga mati adik kandungnya, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Julai depan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli di Melaka selepas mendapat permohonan daripada polis bagi membantu melengkapkan siasatan.

Terdahulu suspek berusia 14 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka pada kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai pakaian reman berwarna unggu.

Semalam, Bernama melaporkan remaja berkenaan dipercayai mencekik hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, suspek dan mangsa hanya tinggal berdua di rumah mereka.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati suspek yang merupakan anak sulung daripada empat beradik adalah pelajar sekolah menengah Arab dan tidak mempunyai sebarang rekod disiplin. Berikutan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian,” katanya. – Bernama