Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA, polis akan panggil beberapa individu -

Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA, polis akan panggil beberapa individu

POLIS akan memanggil beberapa individu bagi memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis ketika ini membuka kertas enkuiri polis (KEP) untuk menentukan sama ada wujud sebarang kesalahan oleh mana-mana pihak yang terbabit dalam isu tersebut.

“Buat masa ini, siasatan dijalankan mengikut KEP yang memberi kuasa kepada polis untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan.

“Pada peringkat ini, kita sedang mengenal pasti identiti individu atau pihak yang akan kita panggil untuk diambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya menurut Berita Harian.

Sementara itu, Hussein berkata, polis setakat ini menerima satu laporan polis yang dibuat orang awam yang mahu siasatan dijalankan berhubung kejadian itu.

Pada Jumaat lalu, Tiong mengakui beliau adalah menteri dilapor mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Tiong juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba membantu wanita terbabit.

Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki berkata, pegawainya akan menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA seperti yang didakwa menteri itu.