Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Enam cedera, dua parah kereta bertembung -

Enam cedera, dua parah kereta bertembung

ENAM cedera termasuk dua parah dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Iskandar menghala Ke Kampung Bukit Kapar, di Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan jam 8.30 pagi itu membabitkan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki lima sekeluarga berumur lingkungan 19 hingga 59 tahun (dua lelaki, tiga wanita).

“Kereta berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki dua lelaki berumur 20-an.

“Kemalangan terbabit menyebabkan kedua-dua pemandu masing-masing dari Honda Accord dan Nissan Grand Livina tersepit dan dikeluarkan oleh bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, kedua-dua pemandu yang tersepit itu cedera parah iaitu patah kaki kanan.

“Empat lagi mangsa yang menaiki kereta Honda Accord cedera ringan dan satu mangsa iaitu penumpang Nissan Grand Livina tidak cedera.

“Semua mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, lapor BH Online.