Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hadi Awang sedang terima rawatan, anak mohon doakan kesembuhan -

Hadi Awang sedang terima rawatan, anak mohon doakan kesembuhan

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sedang menerima rawatan dan pemantaun lanjut oleh pihak doktor di hospital susulan keadaan kesihatan yang sedikit merosot.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut meminta orang ramai mengadakan solat hajat dan mendoakan Ahli Parlimen Marang itu diberikan kesembuhan segera.

“Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” ujarnya lapor Astro AWANI.

Terdahulu, Hadi Awang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun.

16 Feb lalu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.