Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seramai 1,659,837 jemaah haji berada di Arab Saudi setakat Ahad -

Seramai 1,659,837 jemaah haji berada di Arab Saudi setakat Ahad

SERAMAI 1,659,837 jemaah telah memasuki Arab Saudi melalui pelabuhan udara, darat dan laut untuk musim haji tahun ini setakat Ahad, menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi.

Daripada jumlah itu, seramai 1,592,199 jemaah tiba melalui lapangan terbang, termasuk 242,272 penerima “Makkah Route Initiative,“ lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jumlah ketibaan melalui pelabuhan darat pula seramai 60,807 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

Pihak direktorat komited untuk menggunakan semua keupayaan yang ada untuk memudahkan prosedur kemasukan jemaah haji.

Ini termasuk melengkapkan platform di pelabuhan udara, darat dan laut antarabangsa dengan peranti teknologi terkini dan dikendalikan oleh kakitangan berkelayakan yang mahir dalam pelbagai bahasa.

BERNAMA