Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Program santai dekatkan Muhyiddin dengan orang ramai -

Program santai dekatkan Muhyiddin dengan orang ramai

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa lebih satu jam bersama penduduk sekitar Taman Melawati sempena Program Santai bekas perdana menteri itu di DUN Hulu Klang.

Meskipun hujan, sambutan daripada penduduk terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu sungguh luar biasa.

Program yang berlangsung di Nasi Kandar Deen Bistro itu turut disertai bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali.

Muhyiddin yang tiba kira-kira jam 5.30 petang sempat ‘meninjau’ lauk pauk yang terdapat di kedai berkenaan sambil bersembang santai bersama penduduk di situ.

Program berkenaan adalah salah satu program yang mendekatkan beliau bersama penduduk secara lebih terbuka dan bersifat santai-SB.