Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Salah faham di stesen minyak, warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart' -

Salah faham di stesen minyak, warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk ‘go-kart’

POLIS mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak yang tular pada Rabu berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu

“Pada jam 8.20 pagi Rabu, polis mengesan sebuah video berdurasi satu minit 50 saat di halaman Twitter “Mynewshub” yang memaparkan pertelingkahan sekumpulan individu berlaku di sebuah stesen minyak.

“Penghantar makanan itu mendakwa semasa hendak mengisi minyak, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.

“Penghantar makanan itu kemudiannya melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, pertengkaran itu kemudiannya dileraikan anggota polis bantuan yang turut berada di situ dan warga Singapura terbabit belum sempat mengisi minyak yang dipercayai hendak digunakan untuk aktiviti ‘go-kart’.

Video berkenaan turut dikongsi di Tiktok yang sudah dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.