Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tujuh gagal dalam cabaran batal larangan merokok di premis makan -

Tujuh gagal dalam cabaran batal larangan merokok di premis makan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang melarang merokok di semua premis kedai makan setelah memutuskan merokok di tempat awam bukan hak asasi yang perlu dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Selepas lima tahun, usaha tujuh individu yang  mencabar peraturan larangan merokok itu berakhir hari ini selepas mahkamah persekutuan menolak permohonan kebenaran untuk mereka merayu keputusan dibuat mahkamah rayuan tahun lalu.

Keputusan hari ini dibuat oleh Hakim Zabariah Yusof, yang mempengerusikan panel tiga anggota selepas mengambil kira tujuh individu terbabit gagal melepasi ambang untuk mendapatkan kebenaran seperti dikehendaki bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Tujuh individu berkenaan ialah Hanizam Yunus, 55, Zulkifli Mohamad, 60, Laisani Dollah, 49, Sufian Awaludin, 38, Ridzuan Noor, 56, Yazid Yunus, 51 dan Yuri Azhar Abdollah, 43.

Pada 29 Okt, 2019, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mariana Yahya (kini hakim mahkamah rayuan) menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan tujuh individu itu untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 31 Dis 2018 dengan menamakan KKM sebagai responden, tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) mahu satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.

Mereka mendakwa perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.

KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Jan 2019 menurut laporan Malaysiakini.