Bubar DUN: Aminuddin menghadap Yang Dipertuan Besar 28 Jun

0
252

MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata ia bagi memberi laluan kepada PRN.

“Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan untuk mendapat perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN pada 30 Jun, hari terakhir, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Negeri Sembilan Cemerlang Kelas Pertama di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun.

Turut mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional meraih 16 kerusi di Negeri Sembilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here