Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gabungan parti politik keras ideologi tidak bertahan lama -

Gabungan parti politik keras ideologi tidak bertahan lama

GABUNGAN politik yang dibentuk parti-parti yang keras dengan ideologi masing-masing tidak akan bertahan lama.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata, lambat laun mereka akan bercakaran.

“Walaupun elit parti nak bersama kerana mereka dapat manfaat daripada gabungan itu, tetapi orang bawah yang tak dapat apa-apa takkan dapat bertahan.

“Mereka akan bising apabila melihat perjuangan parti mereka sedikit demi sedikit digadai. Atau mereka tak buat bising, tetapi sedikit demi sedikit akan meninggalkan parti,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Berikut kenyataan penuh berkenaan:

MINTA MAAF

Ketua Pemuda UMNO tuntut DAP minta maaf kepada UMNO. Presiden UMNO kata DAP tak perlu minta maaf. Setiausaha Agung DAP kata “move on” sajalah. Lupakan saja cerita lama.

Tuntutan Ketua Pemuda UMNO habis kat situ sajalah.

Cuma, kalau minta maaf pun untuk apa? Minta maaf kerana ideologi DAP berbeza dengan UMNO?

Kalau macam tu, bunyi minta maaf tu berbeza. “Sorry, we are ideologically different. We cannot work together. We better part ways”.

Jelas, itu bukanlah maksud minta maaf pada DAP. Sementelahan pula dia tak nak minta maaf pun.

Jadi bagi DAP, UMNO diam-diam sajalah. Let’s move on walaupun kita berbeza.

Bagi saya, UMNO dan DAP ini ideologically incompatible. Tak serasi dari segi ideologi perjuangan. Satu nak mempertahankan hak keistimewaan Melayu (kalau ada lagilah semangat tu) dan satu lagi nak semua rakyat dilayan sama rata (Malaysian Malaysia).

Pengalaman saya bersama DAP, mereka takkan berganjak daripada ideologi itu. Malah, apabila mereka jadi kerajaan, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ideologi parti mereka samada secara terang atau secara senyap.

Bagi saya, gabungan politik yang dibentuk oleh parti-parti yang keras dengan ideologi masing-masing tidak akan bertahan lama. Mereka akan bercakaran.

Walaupun elit parti nak bersama kerana mereka dapat manfaat daripada gabungan itu, tetapi orang bawah yang tak dapat apa-apa takkan dapat bertahan. Mereka akan bising apabila melihat perjuangan parti mereka sedikit demi sedikit digadai. Atau mereka tak buat bising, tetapi sedikit demi sedikit akan meninggalkan parti.

Setakat itu saja komen saya. Saya tak nak komen lebih-lebih.