Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan -

Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan

SEORANG lelaki berumur 31 tahun yang dipercayai mendera bayi teman wanitanya ditahan di sebuah flat di Jinjang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D. Saralathan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan polis akan memohon perintah reman esok.

“Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Semalam, tular video seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah pangsapuri di Setapak.

Bayi itu, yang cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam kedua-dua belah mata, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan awal polis mendapati punca bayi malang itu dipukul ialah kerana membuat bising dan ibunya dikatakan cuba menghalang suspek tetapi tidak berdaya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

BERNAMA