Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sanusi nafi dakwaan nak jadi timbalan presiden PAS -

Sanusi nafi dakwaan nak jadi timbalan presiden PAS

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan seorang ahli akademik bahawa beliau sedang menyasarkan jawatan timbalan presiden PAS.

Sanusi berkata, pandangan ahli akademik Azizuddin Sani mengenai perkara itu jauh tersasar.

“Jangankan timbalan presiden, pencalonan naib presiden pun saya tolak,” kata Sanusi, yang juga pengarah pilihan raya PAS, kepada FMT.

Pada Selasa, FMT melaporkan Azizuddin, daripada Universiti Utara Malaysia, berkata matlamat jangka panjang Sanusi adalah untuk menjadi timbalan presiden PAS.

Katanya, “serangan” berulang Sanusi ke atas Pulau Pinang adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi hati pengundi Melayu, terutama di Kedah.

Bagaimanapun, katanya, dari semasa ke semasa, retorik ini menjengkelkan rakyat Kedah, yang kebanyakannya bekerja dan mendapat manfaat daripada ekonomi Pulau Pinang.

“Tiada bukti orang Kedah suka taktiknya,” kata Azizuddin.

Membidas kenyataan ahli akademik itu, Sanusi berkata: “Beliau (Azizudin) tidak kenal PAS.”

“Pensyarah-pensyarah UUM terkenal sebagai pembodek kerajaan. Lebih banyak lalang tumbuh di situ berbanding manusia.”