Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan' -

Pulau Pinang milik Kedah: ‘Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan’

PAS berpendirian tiada sebab untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikenakan tindakan berhubung kenyataan kontroversinya bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan tersebut tidak menjadi kesalahan.

Sebaliknya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memutar belit kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak wajar.

“Ini bukan perkara baharu. Jika tengok rekod, pada 2017 seorang exco kerajaan negeri Kedah (bawah BN) mengeluarkan kenyataan sama.

“Perkara ini sudah jadi perbahasan akademik di pelbagai peringkat.

“Bagi Pas, kita sokong apa yang MB Kedah sebut untuk dibuat kajian dan penyelesaian agar menokhtahkan perkara ini,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Ahli Parlimen PN di Kuala Lumpur pada Isnin.

Takiyuddin berkata, Pas akan mempertahankan isu tersebut pada Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

“Tengok soalan esok,” katanya lapor Astro AWANI.

Menurut kertas Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Selasa, isu kenyataan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah akan bangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Dalam soalan pertama PMQT, Guan Eng bertanyakan apakah tindakan kerajaan ke atas Sanusi bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.

Guan Eng dalam soalan itu berkata, kenyataan tersebut telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.

Kenyataan dikeluarkan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah telah menimbulkan pertikaian ramai khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer turut membuat laporan terhadap Sanusi berhubung dakwaan berkenaan.