Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Faizal Azumu sah tak tanding PRN -

Faizal Azumu sah tak tanding PRN

TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), di enam negeri akan datang.

Beliau berkata, walaupun baru mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, ia sekadar untuk persiapan dan membantu jentera parti bagi menghadapi PRN.

“Walaupun saya telah dilantik ke jawatan ini (Pengerusi BPN dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan), ia hanya untuk melicinkan jentera pilihan raya.

“Saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi di enam negeri pada pilihan raya negeri termasuk di Negeri Sembilan.

“Saya berasal dari Perak tapi sebagai anggota parti, saya perlu akur arahan kepemimpinan tertinggi, jadi tugas saya hanyalah untuk memperhambakan diri dan menguatkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya,” katanya, lapor BH Online.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sembilan, di Seremban, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Ketua BERSATU Bahagian Kuala Pilah yang juga bekas BPN PN negeri, Datuk Eddin Syazlee Sith.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi BPN PN Perak, menegaskan bahawa PN dan BERSATU Negeri Sembilan tidak menghadapi sebarang masalah dari segi kepemimpinan sebelum ini susulan pelantikan berkenaan.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi dan calon PRN, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Kerusi BERSATU Pusat, berkata perkara berkenaan berjalan lancar dan kini sedang berada di peringkat saringan membabitkan calon-calon yang

akan mewakili parti.