Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
‘Buang secara baik, jangan layan macam sampah’ – Noh Omar -

‘Buang secara baik, jangan layan macam sampah’ – Noh Omar

 “SAYA sedih sebab saya memimpin Umno Tanjong Karang 30 tahun lebih. Usaha saya disia-siakan, dikata saya pengkhianat, tak kenang jasa.

“Sapa tak kenang jasa. Saya menjadi ahli parlimen selama enam penggal hampir 30 tahun. Kalau nak sepak saya dengan baik lah… jangan buat saya macam sampah,” luah bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Oleh itu, katanya beliau terpaksa mencari payung baharu memandangkan rumah yang sedia ada sudah terbakar.

“Alang-alang nak hancurkan Umno Tanjong Karang, ayuh kita bangkit sokong Perikatan Nasional,” katanya pada ceramah Perikatan Nasional (PN) pada siri Jelajah Selangor Baharu, Tanjong Karang, malam tadi.

Memetik laporan Harakah Daily, beliau berkata juga di bawah PN rakyat termasuk golongan pesawah, nelayan dan penjaja kecil akan terus mendapat pembelaan.

Menurutnya, situasi itu dibuktikan semasa kerajaan PN mentadbir negara sebelum ini, di mana rakyat mendapat pembelaan ketika mereka berdepan dengan penularan wabak.