Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suami isteri direman kes bunuh warga emas -

Suami isteri direman kes bunuh warga emas

SEPASANG suami isteri direman selama tujuh hari (2 hingga 8 Jun) bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Bernama melaporkan seorang anak perempuan dipercayai membunuh ibunya berusia 74 tahun di rumah mereka pada 4.30 pagi.

Mangsa Rashidah Chong mengalami kesan lebam pada kedua-dua belah mata, dahi, telinga kanan, kepala, lidah serta patah tulang rusuk. 

BERNAMA