Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Mana dia dasar lebih baik dari BR1M?' - Puad soal Rafizi -

‘Mana dia dasar lebih baik dari BR1M?’ – Puad soal Rafizi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan langkah signifikan diambil Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memulihkan ekonomi negara.

Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu sekurang-kurangnya perlu memperkenalkan polisi baharu untuk meningkatkan “ekonomi rakyat”.

“Mana dia dasar yang lebih baik daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” soalnya di Facebook.

BR1M diperkenalkan 2012 ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan merapatkan jurang pendapatan rakyat.

Puad turut mempersoalkan jika Rafizi tiada persiapan menjadi menteri, selain mengingatkannya menteri perlu mempunyai idea luar biasa untuk mempertahankan kerajaan perpaduan.

“Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri, tidak boleh biasa-biasa, mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan kerajaan perpaduan,” tulisnya, lapor FMT.