Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi -

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

PROF Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Azlinda, 55, yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Malaysia (USM), menggantikan Prof Datuk Dr Husaini Omar yang bersara wajib pada 10 Mac lepas.

KPT dalam kenyataan hari ini berkata Azlinda merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang disegani terutama dalam bidang kerja sosial di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Bersama Kebangsaan Pendidikan Kerja Sosial Malaysia dan juga Konvenor Kumpulan Tindakan dan Penyelidikan AIDS (AARG), USM sejak 2011 itu pernah dianugerahkan Ikon Akademik Kerja Sosial oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2021.

Azlinda juga adalah antara segelintir individu yang terpilih dan dianugerahkan Biasiswa Fulbright untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran dalam Kerja Sosial Klinikal di New York University (NYU), Amerika Syarikat.

“Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, kementerian yakin bahawa pelantikan Azlinda berupaya melonjak prestasi Jabatan Pendidikan Tinggi ke tahap yang lebih tinggi dan turut memperkasa ekosistem pendidikan tinggi berpaksikan kecemerlangan,” menurut KPT. – Bernama