Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hujan lebat, ribut petir landa 3 negeri petang ini -

Hujan lebat, ribut petir landa 3 negeri petang ini

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) serta beberapa daerah di Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut diramal melanda Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching) pada petang ini, lapor Kosmo!.