Gerakan jangka tanding 30 kerusi pada PRN

0
105

GERAKAN dijangka bertanding kira-kira 30 kerusi dalam PRN di empat negeri, kata Presidennya, Dominic Lau.

Beliau berkata, pemilihan kerusi Gerakan bagi PRN hampir 90% siap, dengan kira-kira 30 kerusi itu terletak di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagi Kelantan dan Terengganu, masih dalam rundingan PN ketika ini.

“Kami (Gerakan) tidak kisah sekiranya tidak bertanding di dua negeri tersebut kerana matlamat utamanya untuk memastikan PN menang ketika bertanding nanti,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berharap Gerakan mendapat kemenangan di Pulau Pinang kerana ia mahu menjadi platform suara rakyat negeri terbabit.

Sebelum ini, Lau yang juga timbalan pengerusi PN dilaporkan berkata, rundingan pengagihan kerusi itu penting kerana persiapan dan gerak kerja perlu dijalankan jentera parti komponen PN.

Berdasarkan pengalaman dalam pilihan raya sebelum ini, katanya, rundingan mengenai PRN, termasuk agihan kerusi, akan dijalankan secara berterusan sehingga hari penamaan calon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here