Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Telegram tak mahu terlibat ‘tapisan politik’ -

Telegram tak mahu terlibat ‘tapisan politik’

TELEGRAM tegas dengan pendiriannya enggan bekerjasama dengan Kement£erian Komunikasi dan Digital (KKD), dengan berkata pihaknya tidak akan terlibat dalam ‘sebarang bentuk penapisan politik’.

Jurucakap syarikat Remi Vaughn mendakwa, pihaknya sudah pun memainkan peranan mengawal selia isi kandungan yang memudaratkan di platformnya, termasuk berhubung penjualan bahan haram dan pornografi.

“Bagaimanapun, Telegram tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penapisan politik,” kata Vaughn, lapor New Straits Times.

Beliau berkata, moderator platformnya memantau segmen awam di aplikasi mesej itu secara proaktif.

Tambahnya, aduan pengguna yang diterima melalui aplikasi dan e-mel aduan – abuse@telegram.org – juga dipantau dengan teliti agar kandungan yang melanggar terma perkhidmatannya dapat dibuang.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Telegram mungkin berdepan tindakan jika terus tidak bekerjasama dengan kementeriannya.

Tambahnya, kementeriannya telah berusaha untuk berhubung dengan Telegram sejak Januari, berikutan beberapa aduan terdapat pornografi dan kegiatan penjualan dadah di platform itu.

Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti perkara itu dan beliau sedang menunggu cadangan mereka mengenai tindakan seterusnya.