Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh: Bangunan Akademi SPRM disah selamat diduduki -

Tanah runtuh: Bangunan Akademi SPRM disah selamat diduduki

BANGUNAN Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur yang ditutup susulan kejadian tanah runtuh pada April disahkan selamat untuk diduduki.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, runtuhan berpunca daripada insiden paip bawah tanah yang pecah sekali gus tidak membabitkan bangunan itu.

Katanya, runtuhan tanah itu hanya membabitkan laluan ke bangunan akademi terbabit.

“Kerja sementara termasuk menaikkan tanah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di lokasi kejadian sudah siap dilakukan.

“Kita akan memulakan kerja utama termasuk membaik pulih laluan dan memperbaiki beberapa kerosakan termasuk pondok keselamatan,” katanya lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) kali ke-47 di sini, hari ini.

Pada 25 April lalu, kira-kira 70 individu di dua blok bangunan MACA diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh pada 1 tengah hari di hadapan pintu masuk bangunan berkenaan.