Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran – Pemangku Raja Perlis -

Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran – Pemangku Raja Perlis

PENDAKWAH Islam perlu sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu supaya dihormati dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Persidangan Dakwah Serantau kali ke-9 yang diadakan di Kangar malam tadi.

Titah baginda usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai agama Islam kepada masyarakat selain umat Islam juga perlu menjaga akidah dan melindunginya daripada sebarang anasir tidak baik.

Menurut kenyataan itu, persidangan yang dihadiri 200 peserta dari 40 negara itu dianjurkan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, MyGuide Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia dan MAIPs.- Bernama