Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin tuntut permohonan maaf PM, TPM kerana fitnah PN -

Muhyiddin tuntut permohonan maaf PM, TPM kerana fitnah PN

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut permohonan maaf daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tuduhan gabungan itu mengambil wang daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN akan berbincang dengan pasukan peguam mereka mengenai tindakan seterusnya. 

“Kita tuntut mereka mohon maaf. Ini satu fitnah dan tuduhan yang berat. 

“Selepas itu kita akan tengok apa yang mereka lajukan,” katanya ditemui media di Kuala Lumpur hari ini, lapor MalaysiaNow.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Anwar.

Anwar memberi bayangan parti “Melayu” dan parti “Islam” menerima dana syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan judi khas.

Zahid turut mengulang tuduhan itu dengan menyatakan beliau yakin sumber wang daripada pihak “sebelah sana”, merujuk kepada PN datang daripada syarikat judi.

Menurut Muhyiddin, kenyataan Azalina jelas menunjukkan ketiadaan bukti dan petanda terhadap dakwaan Anwar itu.

Dalam perkembangan lain, PAS yang merupakan parti komponen PN turut mendesak permohonan maaf daripada Anwar berhubung fitnah itu.