Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki berbaju kurung samun kedai runcit diburu polis -

Lelaki berbaju kurung samun kedai runcit diburu polis

POLIS sedang memburu dua penyamun, dengan salah seorang daripadanya memakai baju kurung semasa merompak sebuah kedai runcit, di Padawan, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang perempuan berusia 20 tahun, yang merupakan pekerja premis berkenaan pada 22 Mei lepas.

Malah, beliau berkata pihaknya turut mengesan video mengenai kejadian yang tular di laman sosial kira-kira pukul 11.39 malam tadi dan kejadian berlaku pada 22 Mei ketika pengadu bersama-sama rakan sekerjanya sedang bekerja.

“Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian wanita serta membawa pisau masuk lalu merampas mesin juruwang dan terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Kosmo!.

Abang Zainal berkata, pihaknya mendapati terdapat dua orang suspek terlibat dalam kejadian berkenaan, dengan seorang lagi menunggu di luar menggunakan sebuah motosikal.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai orang tempatan berdasarkan dialek pertuturan mereka.

Justeru, Abang Zainal berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dengan kerjasama pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lain serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.